GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Ruwaida Md Zain

Shah Alam: Sebanyak 36 lokasi dalam Mukim Klang bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa esok sehingga 23 Oktober depan.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesemua 36 lokasi dalam Mukim Klang itu membabitkan Klang Selatan dan juga Klang Utara.

"Kawasan yang terbabit adalah Bandar Bukit Tinggi, Kampung Johan Setia, Kampung Bukit Naga, Kampung Perigi Nenas, Kampung Kuantan, Kampung Serdang, Bandar Puteri, Kampung Sungai Kandis, Taman Sri Andalas, Lorong Sungai Udang serta Taman Suria.

"Mutiara Bukit Raja, Bandar Klang, Pangsapuri Bukit Kuda, Ken Jimbaran, Pangsapuri Palm Garden, Taman Andalas Permai, Taman Desa Meru, Taman Seri Lembayung, Taman Gembira Kampung Delek Kiri, Taman Kim, Batu Belah Kampung Sungai Udang, Taman Klang Perdana, Taman Bayu Perdana, Taman Klang Utama.

"Begitu juga Taman Sentosa, Taman Pendamar Indah, Jalan Dato Dagang, Taman Sejati, Jalan Haji Tarmizi, Taman Setia, Jalan Kebun, Taman Sri Muda, Jalan Muhibbah dan Taman Tenaga Bakti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, sebarang perkembangan berdasarkan kes Covid-19 di daerah ini akan diteliti dari semasa ke semasa.

"Dalam menghadapi situasi gelombang ketiga Covid-19, kerajaan negeri menegaskan kerjasama utuh antara industri, komuniti dan kerajaan amat perlu untuk kita memotong rangkaian jangkitan ataupun flatten the curve virus ini.

"Sentiasa patuh kepada Tatacara Pengendalian Piawai (SOP), pakai pelitup muka apabila perlu keluar dari rumah, guna aplikasi SeLangkah apabila memasuki sebarang premis dan sentiasa jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter. Insya-Allah, kita akan menang," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2020 @ 8:12 PM