RAKAMAN video yang tular. FOTO Ihsan pembaca.
RAKAMAN video yang tular. FOTO Ihsan pembaca.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Cheras: Polis sudah menerima laporan berhubung kejadian buli membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Jalil, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa semalam di Balai Polis Bukit Jalil.

"Kejadian dipercayai Isnin lalu apabila berlaku salah faham antara suspek yang berusia 15 dan 14 tahun.

"Mangsa dipukul menggunakan tangan dan kaki oleh kedua-dua suspek berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohamed Mokhsein berkata, aksi berkenaan dirakam oleh seorang individu sebelum tular di media sosial sejak semalam.

"Seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan meleraikan pergaduhan terbabit.

"Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan," katanya.

Menurutnya, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kejadian mengikut

Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2020 @ 2:48 PM