DR Noor Hisham membalas ciapan pemilik akaun @zalifahms.
DR Noor Hisham membalas ciapan pemilik akaun @zalifahms.
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Ciapan balas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang seolah-olah memberikan bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula kini tular di media sosial.

Dr Noor Hisham membalas ciapan pemilik akaun @zalifahms yang mencadangkan supaya kerajaan menyekat perjalanan antara negeri buat sementara waktu dan tidak memberi kelonggaran kuarantin sendiri.

"Bagaimana jika semua kembali kekal berada di rumah untuk seketika?" tulis Dr Noor Hisham.

Ciapan balas itu kini tular di media sosial apabila netizen mula memberi reaksi balas apabila merasakan PKP akan dilaksanakan semula.

Kes baharu positif Covid-19 di negara ini kembali kepada tiga angka sejak beberapa minggu ini susulan peningkatan kes di Sabah dan kepulangan ahli politik daripada berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketika ini hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia mencatatkan kes baharu.

Dr Noor Hisham akan mengadakan sidang media perkembangan situasi jangkitan Covid-19 pada 5.30 petang hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2020 @ 5:01 PM