Gambar hiasan petugas kesihatan. FOTO NSTP.
Gambar hiasan petugas kesihatan. FOTO NSTP.
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Kontrak secara 'one-off' bagi 2,070 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi disambung selama enam bulan lagi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya menerima makluman bahawa Kementerian Kewangan pada 18 September lalu bersetuju meluluskan penyambungan kontrak bagi penjawat berkenaan.

Katanya, kelulusan itu adalah sebagai tambahan kepada kontrak enam bulan yang diberikan sebelum ini.

Menurutnya, ia akan membabitkan 79 pegawai perubatan (yang melengkapkan khidmat wajib sahaja kerana mengikuti latihan siswazah di luar negara), 852 pegawai pergigian dan 1,139 pegawai farmasi yang menamatkan latihan atau khidmat wajib.

"Jumlah peruntukan bagi penyambungan kontrak ini adalah RM81juta yang ditanggung menerusi peruntukan Kumpulan Wang Covid-19 (Tabung Covid-19).

"Penyambungan kontrak ini adalah manifestasi keprihatinan kerajaan bagi membolehkan pegawai meneruskan penyampaian perkhidmatan di fasiliti kesihatan di bawah KKM," katanya dalam kenyataan, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 3:14 PM