NUR Atikah
NUR Atikah
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Cawangan Putrajaya mencari waris kepada seorang kanak-kanak Nur Atikah Zainudin, 12, yang ditinggalkan ibu kandungnya sejak berusia empat tahun.

Daripada maklumat diperoleh, ibu kandungnya, Rokeeyeh Sidek meninggalkannya kepada keluarga isteri pertama arwah suami yang meninggal dunia pada 2010.

Sejak itu, wanita warganegara Thailand tidak pernah menuntut Nur Atikah atau bertemu keluarga yang menjaganya.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pelindung kes, Siti Syafiqah Hassan di talian 03-83232457 atau emel [email protected] atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Putrajaya, Aras 4, Menara KPWKM, Presint 4, Putrajaya bagi memberikan maklumat yang dapat membantu jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak terbabit.

Ia juga bagi membantu mahkamah membuat keputusan terbaik untuk penempatan dan kebajikan kanak-kanak terbabit.

Sementara itu, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) mencari waris bagi kanak-kanak yang dikenali sebagai Azura berusia 10 tahun dan Zakuan, 6.

Mereka memerlukan pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak di tempatkan di Institusi JKM di bawah Perintah Mahkamah Subseksyen 19 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan) 2016.

AZURA
AZURA

"JKMWPKL sedang mencari ibu kandung kanak-kanak dan individu bernama Kamaruddin Talib yang menjaga mereka ketika diselamatkan pada 27 November tahun lalu.

"Ibu kandung kanak-kanak atau Kamaruddin yang menjaga kanak-kanak itu diperlukan untuk berbincang dengan pelindung kes bagi mengetahui perancangan penempatan kanak-kanak selanjutnya.

"Oleh itu, demi masa depan kanak-kanak pihak JKMWPKL berharap ibu kandung kanak-kanak atau ke tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang Kuala Lumpur atau berhubung terus dengan Pelindung Azizul Rahaman Zabidin di talian 03-26124196 atau 03-26124000," katanya.

ZAKUAN
ZAKUAN

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 5:46 PM