TAJUDDIN. FOTO Arkib NSTP
TAJUDDIN. FOTO Arkib NSTP
HM Digital

Kuala Lumpur: Bubar Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman, lapor Malaysiakini.

Tajuddin berkata, ia langkah terbaik daripada membiarkan perbuatan melompat parti yang mengakibatkan keadaan negara huru-hara.

"(Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin Yassin ada pilihan, dia boleh bubarkan Dewan Rakyat dan pilihan yang terbaik adakan PRU (Pilihan Raya Umum), biar rakyat tentukan siapa dapat mandat.

"Lompat melompat parti dah jadi macam kartun, dah jadi politik cacamarba. Bubar saja Parlimen bagi pada rakyat biar rakyat tentukan.

"Yang melompat (parti) tentu ada ganjaran, wakil rakyat boleh dijual beli dengan duit dan pangkat apa jenis politik kita ini, kita nak wakil rakyat yang bekerja, berwibawa dan berintergriti," katanya kepada Malaysiakini.

Tajuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan politik semasa hari ini yang menyaksikan Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan.

Anwar memaklumkan perkara itu dalam sidang media berkenaan di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Pada sidang media itu, Anwar mendakwa dia memiliki sokongan majoriti kukuh dan meyakinkan namun enggan mendedahkan jumlah anggota parlimen yang memihak kepadanya.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata, lebih wajar jika dia menyerahkan jumlah sokongan wakil rakyat itu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

"Jumlahnya (sokongan) kukuh dan meyakinkan, jauh daripada majoriti kecil, bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti," kata Anwar.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, Anwar boleh membuktikan yang beliau mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan di Dewan Rakyat.

Katanya, Ketua Pembangkang itu perlu membuktikan yang beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

"Kalau dalam Parlimen ada perubahan dan dapat sokongan majoriti baru boleh iktiraf sebagai alasan jatuh kerajaan (yang ada kini).

"Kalau ada nombor buktikan dalam Parlimen, tak boleh gegar cakap ada nombor. Jadi, dia tak boleh kata (kerajaan PN) jatuh," katanya.

Berita berkaitan:

  • Pas cabar Anwar senaraikan nama beri sokongan
  • Tiada Ahli Parlimen GPS lompat - Abang Johari
  • Ada Ahli Parlimen Umno, BN nyata sokongan kepada Anwar: Ahmad Zahid
  • Saya masih Perdana Menteri: Muhyiddin
  • Agong titah semua pihak utamakan kesejahteraan rakyat
  • Anwar rakus, gila kuasa
  • GPS berdiri teguh di belakang Muhyiddin
  • DAP sokong Anwar
  • PM tenang saja
  • 'Kerajaan tidak tumbang dengan hanya isytihar sahaja'
  • Amanah sokong Anwar
  • 'Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen' - Anwar
  • Anwar umum dapat sokongan kukuh bentuk kerajaan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 8:16 PM