ANGGOTA polis menunjukkan jari mereka yang ditanda dakwat selepas mengundi di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, Kota Kinabalu. FOTO Aswadi Alias
ANGGOTA polis menunjukkan jari mereka yang ditanda dakwat selepas mengundi di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, Kota Kinabalu. FOTO Aswadi Alias
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kota Kinabalu: Semua 53 pusat pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ditutup jam 5 petang ini.

Perkongsian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi Facebook (FB) memaklumkan pengundian di semua saluran berjalan lancar.

Kini proses penyimpanan undi sedang giat dijalankan petugas SPR untuk disimpan di lokap balai polis berhampiran sebelum dikira Sabtu ini.

Hari ini, seramai 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis bersama pasangan masing layak mengundi.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kem Lok Kawi dan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Teluk Sepanggar antara lokasi pengundian awal.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador turut melawat proses pengundian awal berkenaan.

Sabtu ini, rakyat Sabah akan menjalankan tanggungjawab memilih parti yang akan mentadbir kerajaan negeri.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 5:37 PM