BERNAMA

Shah Alam: Empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus syarikat membaiki jentera berat yang didakwa berhubung kes pembuangan bahan berbahaya ke dalam Sungai Gong, Rawang, masing-masing dibenarkan diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan empat ahli lembaga pengarah yang juga adik-beradik iaitu Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 50 dan Yip Kok Wong, 60; serta pengurus bengkel berkenaan, Ho Voon Leong, 59, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Beliau turut memerintahkan kelima-lima lelaki itu menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah dan memberi amaran sekiranya mereka melakukan kesalahan ketika dalam tempoh jaminan, mahkamah akan menarik perintah jamin itu.

Dalam penghakimannya, Norsharidah berkata, beliau mengambil kira faktor seperti keseriusan kesalahan dihadapi kesemua tertuduh selain faktor kesihatan mereka serta bahaya yang menanti sekiranya kesalahan diulangi.

"Ini adalah kes serius yabng mendapat perhatian ramai, oleh itu mahkamah membenarkan semua yang tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM400,000 tiap seorang dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan kesemua tertuduh perlu serahkan pasport kepada mahkamah, dan jika kesalahan dilakukan ketika dalam tempoh jaminan, mahkamah akan tarik balik jaminan," katanya.

Kesemua tertuduh pada 17 September lalu, memfailkan semakan terhadap keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Syafeera Mohd Said.

Pada 15 September lalu, mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen itu atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya dari bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui bahawa ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.

Kelima-lima lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di premis berkenaan di Kampung Sungai Dua, Rawang dekat sini antara 2 dan 3 Sept lalu mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua, mereka dengan niat bersama dituduh telah melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya daripada bengkel sama ke dalam alur air yang akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen, di tempat dan masa sama.

Berita berkaitan:

  • Lembaga pengarah, pengurus didakwa
  • Lima suspek kes pencemaran air didakwa esok
  • Saman... jangan tak saman! Menyusahkan rakyat
  • Pencemaran Sungai Gong perbuatan tidak bertanggungjawab: Agong
  • Pencemaran Sungai Gong: Polis sedang kenal pasti siapa lepaskan pelarut
  • Kilang haram penyebab pencemaran sungai sudah beroperasi 6 tahun
  • Pencemaran sungai: Akta 171 perlu dipinda
  • Pelaku pencemaran boleh didenda RM500,000, penjara 10 tahun
  • CAKE sedia bantu penduduk Lembah Klang saman pemilik kilang
  • SPAN heret empat pengurus kilang 'jahat'
  • Pemilik kilang punca air tercemar diarah kosong dan pulihkan tanah
  • Selangor perlu tegas tangani pencemaran air
  • Pencemaran air: 4 beradik disiasat melakukan khianat
  • Polis tubuh pasukan khas siasat pencemaran sungai
  • Hukuman lebih berat
  • Punca pencemaran Sungai Gong dikenal pasti
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 3:11 PM