Tiga laluan lagi ditutup di kawasan Kota Setar untuk mengelakkan penduduk keluar masuk di kawasan PKPD Secara Pentadbiran. FOTO IHSAN PDRM
Tiga laluan lagi ditutup di kawasan Kota Setar untuk mengelakkan penduduk keluar masuk di kawasan PKPD Secara Pentadbiran. FOTO IHSAN PDRM
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Tiga lagi laluan di Kota Setar ditutup untuk mengelakkan pergerakan keluar masuk penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 10 laluan ditutup di Kota Setar sejak PKPD dilaksanakan 11 September lalu.

Tiga laluan baru itu membabitkan Bukit Pinang ke Jitra, Simpang Empat ke Pendang dan Yan ke Simpang Empat Kangkong.

Pada masa sama, sembilan sekatan jalan raya masih dikekalkan.

PKPD Secara Pentadbiran bermula 11 September lalu hingga 25 September ini membabitkan 366,787 isi rumah di 28 mukim di Kota Setar berikutan penularan Covid 19.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Nor, mengesahkan penutupan tiga laluan berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 6:34 PM