Dadah yang dirampas di Lapangan Terbang Sibu. FOTO Mohd Roji Kawi
Dadah yang dirampas di Lapangan Terbang Sibu. FOTO Mohd Roji Kawi
Mohd Roji Kawi


Kuching: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas 20 kilogram (kg) dadah jenis metaphetamine dianggarkan bernilai RM2 juta di Lapangan Terbang Sibu, Khamis lalu.

Jurucakap JKDM Sarawak berkata, dadah berkenaan dikesan pegawai Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) Kastam Sibu ketika membuat imbasan bagasi penumpang bagi pesawat komersial dari Kuala Lumpur ke Sibu jam 1.50 tengah hari.

Menurutnya, hasil imbasan itu menunjukkan imej yang mencurigakan.

"Pemeriksaan rapi terhadap dua kotak dan bagasi membawa kepada penemuan 20 bungkusan yang mengandungi methamphetamine.

"Bungkusan itu juga dibalut dengan plastik kedap udara dipercayai bagi mengelirukan pegawai bertugas," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan dan JKDM sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengesan orang yang disyaki.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 9:37 PM