KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tarikh untuk majikan membuat bayaran caruman wajib daripada 15 hari bulan kepada 30 hari bulan.

Ia bagi tempoh bulan September hingga Disember 2020.

KWSP sebelum ini sudah melanjutkan tarikh bayaran caruman terbabit bagi bulan April hingga Ogos 2020.

Ia bertujuan meringankan beban majikan berikutan keadaan semasa yang tidak menentu disebabkan pandemik Covid-19.

KWSP menerusi satu kenyataan hari ini berkata, keputusan untuk meneruskan fleksibiliti ini adalah sejajar dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020.

"Majikan boleh membuat bayaran caruman melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP, perbankan Internet ataupun di kaunter bank yang dilantik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2020 @ 1:49 PM