GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Sabak Bernam: Lima daerah di Selangor diramal dilanda fenomena air laut pasang besar bermula bulan ini hingga Oktober depan.

Menurut Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, fenomena air laut pasang besar diramal berlaku pada 19 hingga 20 September, 17 hingga 19 Oktober dan 15 hingga 16 November di persisiran pantai negeri ini dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter.

"Fenomena itu membabitkan daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

"Sekiranya hujan lebat dan angin kencang berlaku, risiko banjir berlaku akan meningkat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2020 @ 7:10 PM