UNIVERSITI Utara Malaysia
UNIVERSITI Utara Malaysia
Noorazura Abdul Rahman


Sintok: Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya melonjak kedudukan dalam kelompok 601-800 menerusi Times Higher Education (THE) World University Rankings 2021 berbanding 801-1,000 pada tahun sebelumnya.

Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, kedudukan itu juga sekali gus meletakkan UUM sebagai universiti ketiga terbaik di Malaysia dengan lonjakan enam anak tangga dari kedudukan ke sembilan.

Menurutnya, UUM kini turut berkongsi kedudukan dengan Universiti Penyelidikan (RU) lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Pertonas (UTP), Universiti Tekonologi Malaysia (UTM) dan Univerditi Putra Malaysia (UPM).

"Penilaian THE World University Rankings ini mengambil kira lima indikator utama iaitu teaching (30 peratus), research (30), citations (30), international outlook (7.5) dan industry income (2.5).

"Keputusan yang diumumkan semalam menyaksikan lebih 1,500 universiti dari 93 negara seluruh dunia tersenarai dalam THE World University Rankings 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Bashawir berkata, penilaian menunjukkan indikator sitasi (citations) UUM mulai meningkat apabila memperoleh skor 34.8 peratus berbanding 9.3 peratus pada tahun sebelumnya, manakala international outlook terus kekal sebagai tunjang terbaik universiti itu.

Menurutnya, inisiatif mampan yang dirancang sebelum ini akhirnya membuahkan hasil dan melonjak nama UUM di peringkat antarabangsa.

"Antara inisiatif mampan yang dan sedang dilaksanakan secara berterusan adalah seperti menjenamakan semula UUM melalui tagline 'We Are Global', kita juga bekerjasama strategik dengan universiti tersohor dunia seperti Universiti Nasional Singapora (NUS), University of Hull, Universiti Qatar dan lain-lain.

"Selain itu, inisiatif jangka pendek dan jangka panjang yang dirangka seperti meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama dengan pihak industri dalam dan luar negara, usaha-usaha peningkatan dalam kebolehpasaran graduan (GE) yang mampu melonjakkan reputasi UUM," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2020 @ 6:32 PM