Che Adam A Rahman sedang memberi penerangan keselamatan kepada pengunjung di Pusat Rekreasi Kalang Warisan (PRKW), Pulau Manis, Serada. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI
Che Adam A Rahman sedang memberi penerangan keselamatan kepada pengunjung di Pusat Rekreasi Kalang Warisan (PRKW), Pulau Manis, Serada. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu akan menempatkan anggota penyelamat APM di Pusat Rekreasi Kalang Warisan (PRKW), Pulau Manis, Serada, yang kini menjadi destinasi baru pelancongan di negeri itu.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, pihaknya bersedia menempatkan anggota penyelamat di PRKW dalam memastikan keselamatan pengunjung yang menjalankan aktiviti di sungai berkenaan.

"Bagaimanapun ia bergantung kepada keperluan dan sekiranya perlu, beberapa anggota penyelamat APM akan ditempatkan di kawasan berkenaan.

"Cuma untuk tempoh sekarang, saya memohon kerjasama komuniti setempat yang menguruskan aktiviti PRKW itu menyediakan penyelamat sendiri untuk memantau keselamatan pengunjung di kawasan berkenaan.

"Maklumlah hampir semua aktiviti di situ membabitkan aktiviti di dalam sungai dan pastinya mempunyai risiko tersendiri," katanya ketika ditemui pada lawatan pemantauan tahap keselamatan di PRKW di Kuala Terengganu, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2020 @ 8:32 PM