ANGGOTA bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah dan dua kereta dan tiga motosikal di Lorong Berjaya Kampung Pulau Kechil yang terbabit dalam kebakaran. FOTO ihsan BOMBA
ANGGOTA bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah dan dua kereta dan tiga motosikal di Lorong Berjaya Kampung Pulau Kechil yang terbabit dalam kebakaran. FOTO ihsan BOMBA
Zuliaty Zulkiffli


RUMAH dua tingkat dan lima kenderaan musnah dalam kebakaran di Lorong Berjaya, Kampung Pulau Kechil di Jitra, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengahari itu, penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada 12.26 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra tiba pada 12.36 tengah hari.

"Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tunjang dan Kota Sarang Semut.

"Rumah dianggarkan musnah 95 peratus, manakala dua kereta iaitu Mercedes Benz dan Perodua Myvi, manakala tiga motosikal hangus," katanya.

Menurutnya, api berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit dan operasi tamat pada 2.57 petang.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2020 @ 8:03 PM