PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe. FOTO AFP
PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe. FOTO AFP
Suzalina Halid


PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan supaya kesihatan Shinzo Abe yang meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri Jepun semalam, kembali pulih.

Muhyiddin berkata, peletakan jawatan Abe tentunya mengejutkan banyak pihak termasuk rakyat Malaysia sendiri berikutan pemimpin itu amat dikenali dengan wawasannya yang bersifat ke hadapan termasuk peranannya dalam meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun.

"Sepanjang pentadbiran beliau, hubungan kedua-dua negara bukan sahaja bertambah erat, bahkan turut meneroka banyak peluang kerjasama baharu.

"Malah Hubungan ASEAN dan Jepun juga mencatat banyak pencapaian bermakna di bawah kepimpinan beliau.

"Justeru, peletakan jawatan Shinzo Abe mengejutkan banyak pihak termasuk rakyat Malaysia. Saya mewakili rakyat Malaysia, mendoakan agar kesihatan beliau kembali pulih, " katanya di Facebook.

Semalam, Abe mengumumkan peletakan jawatannya berikutan menghadapi masalah kesihatan.

Abe pada sidang medianya berkata, beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang dihidapinya, penyakit yang menyebabkannya berundur buat seketika pada 2007.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 3:52 PM