PASUKAN bomba ketika operasi memadam kebakaran di Kampung Durok, Keningau. FOTO JUWAN RIDUAN
PASUKAN bomba ketika operasi memadam kebakaran di Kampung Durok, Keningau. FOTO JUWAN RIDUAN
Juwan Riduan


RUMAH dua tingkat musnah terbakar di Kampung Durok, Keningau, namun penghuninya seorang wanita bernasib baik apabila sempat menyelamatkan diri.

Dalam kejadian 10.50 pagi itu, Jane, 40, melecur di tangan ketika keluar dari rumahnya untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.59 pagi menerusi talian Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999).

Katanya, kebakaran membabitkan rumah dua tingkat berkeluasan 222 meter persegi yang musnah seratus peratus.

"Sebaik tiba dilokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari Balai Bomba Keningau, operasi segera dilakukan untuk mengawal api daripada terus merebak ke rumah berhampiran.

"Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I Jasree Mohammad bersama 12 anggota dengan kekuatan tiga jentera dan sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Service (EMRS) serta sebuah kenderaan utiliti pelbagai guna," katanya.

Menurutnya, terdapat seorang mangsa wanita yang cedera ringan melecur di bahagian tangan semasa menyelamat diri.

"Wanita itu sudah diberikan rawatan oleh pasukan EMRS dan dihantar ke Hospital Keningau oleh pihak perubatan untuk rawatan susulan.

"Pasukan bomba berjaya mengawal api kebakaran pada 12.30 tengah hari tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan anggaran kerugian masih dalam anggota bomba," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2020 @ 6:15 PM