RAKAMAN menunjukkan mangsa dihumban ke dalam sebuah kenderaan. FOTO tular
RAKAMAN menunjukkan mangsa dihumban ke dalam sebuah kenderaan. FOTO tular
Erika George


LELAKI diculik di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Bintang Jaya 2, Miri, hari ini, ditemui selamat selepas hilang selama tiga jam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, mangsa ditahan empat lelaki di hadapan sebuah kedai makan kira-kira 4 petang sebelum dihumban ke dalam sebuah kenderaan.

"Mangsa ditemui semula pada 7 malam tadi dan ditinggalkan di hadapan sebuah bank di pusat bandar," katanya.

Beliau berkata, kejadian dirakam orang awam yang berada berdekatan sebelum video berdurasi 18 minit itu tular di media sosial.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan berhubung motif kejadian dan mengesan semua suspek. "Polis memohon bantuan saksi agar tampil membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke balai polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan (KK) kerana menculik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2020 @ 11:17 PM