LELAKI pengsan ketika di pusat penamaan calon PRK Slim. FOTO Sharul Hafiz Zam.
LELAKI pengsan ketika di pusat penamaan calon PRK Slim. FOTO Sharul Hafiz Zam.
Noor Hidayah Tanzizi


LELAKI rebah di kawasan tempat letak kereta di luar pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjung Malim dekat Tanjung Malim, hari ini.

Dalam kejadian pada 8.40 pagi itu, lelaki berusia 38 tahun itu pengsan ketika petugas media sedang menunggu ketibaan calon PRK Slim.

Difahamkan lelaki terbabit hanya mengalami luka kecil di dahi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, lelaki itu dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun katanya, dia kini sudah berada dalam keadaan baik.

"Lelaki itu juga sudah dibenarkan keluar hospital pada 11.30 pagi.

"Dia bukan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan punca dia pengsan belum diketahui," katanya ketika dihubungi, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan PRK Slim
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2020 @ 3:11 PM