GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Noor Atiqah Sulaiman


SEORANG lelaki yang mengambil upah memotong dahan pokok sebaliknya ditemui maut tersepit pada bahagian kepala ketika sedang melakukan tugasan itu.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi tadi, mangsa berumur 50 tahun dikatakan tersepit di atas pokok pada ketinggian 4 meter berhampiran kampung Ulu Chucuh, Sepang, Selangor.

Mangsa, Puiman Semin, 54, dikatakan mengambil upah memotong dahan pokok daripada pemilik tanah sebelum kepalanya tersepit di sebatang pokok.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengadu sekitar jam 9.38 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Susulan itu anggota bomba berusaha menurunkan mayat mangsa menggunakan tangga dan tali.

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2020 @ 2:44 PM