Laporan Harian Metro sebelum ini.
Laporan Harian Metro sebelum ini.
Raja Noraina Raja Rahim

SIASATAN polis mendapati kemalangan kren yang berlaku di Jalan Cheras dekat Alam Damai, Cheras di Kuala Lumpur pagi hari ini dipercayai kerana pemandunya cuba mengelak kenderaan lain sebelum terbalik.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 9.57 pagi.

Menurutnya, pemandu kren, Mohammad Ashraff Sudin, 28, kini sedang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras.

"Siasatan awal pegawai penyiasat mendapati kren itu dari arah Taman Len Seng menghala ke Persiaran Alam Damai.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu ingin mengelak melanggar sebuah kenderaan di hadapannya yang berhenti di lampu isyarat persimpangan sebelum melanggar tembok di kiri jalan.

"Kemalangan itu menyebabkan kren berkenaan terbalik dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Berita berkaitan

Lelaki patah kaki kren terbalik

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 3:53 PM