TINJAUAN orang ramai berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di UTC Shah Alam. FOTO Muhd Asyraf Sawal
TINJAUAN orang ramai berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di UTC Shah Alam. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


KAUNTER pembayaran saman di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, Kuala Lumpur diserbu orang ramai yang sanggup beratur bagi membayar saman dengan diskaun sebanyak 70 peratus.

Tinjauan Harian Metro di lokasi terbabit mendapati orang ramai mula beratur seawal 8 pagi bagi membuat pembayaran.

Orang ramai mengambil peluang sempena penawaran diskaun sehingga 70 peratus bagi semua kompaun dan saman yang dikeluarkan.

Pekerja sawasta, Masli Isnin,38 berkata, dia hadir pada 9 pagi bagi menjelaskan lima saman tertunggak.

"Saya difahamkan saman saya berjumlah RM300 bagi setiap satu dan akan mendapat diskaun sebanyak 70 peratus iaitu hanya perlu membayar RM90 sahaja.

"Ketika saya datang sudah ramai yang beratur namun perkhidmatan yang diberikan JPJ sangata laju dan banyak membantu,"katanya ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata, penawaran diskaun itu dibuat sempena menyambut bulan kemerdekaan.

"Tawaran pengurangan saman ini bermula pada 1 hingga 31 Ogos ini. Semua kesalahan termasuk tujuh kesalahan utama, saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)dan saman kompuan Ops Musim Perayaan juga akan mendapat diskaun sebanyak 70 peratus.

"Bagaimanapun bagi saman di dalam kes mahkamah tidak termasuk di dalam pengurangan saman ini," katanya.

Mohd Zaki berkata,orang ramai juga dinasihatkan untuk datang awal bagi menyelesaikan semua saman tertunggak.

"Pengurangan saman yang diberikan ini adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban yang dialami pengguna jalan raya.

"Semalam, sebanyak RM22,335 dikutip JPJ Kuala Lumpur," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 1:37 PM