Mohd Amin Jalil

MAHKAMAH Majistret Tampin hari ini menetap 21 Ogos ini sebagai tarikh penyerahan dokumen bagi kes seorang pekerja ladang warga Indonesia yang didakwa membunuh tiga lelaki senegara pada Disember tahun lalu.

Majistret Tan Chai Wei mengeluarkan arahan selepas Timbalan Pendakwa Raya Ummi Amyra Natasha Azhar memohon mahkamah menetapkan suatu tarikh baharu memandangkan laporan kimia, bedah siasat dan asid deoksiribonukleik (DNA) masih belum diperolehinya sehingga kini.

Dalam prosiding hari ini, Mohamad Rozak Nor, 20, yang didakwa membunuh tiga rakannya turut hadir ke mahkamah.

Pada 24 Jun lalu, Mohamad Rozak didakwa di Mahkamah Majistret Rembau atas pertuduhan membunuh Hari Sucipto, 19; Ramdani Sahrul, 20, dan Gunawan Pani, 20, di rumah kongsi pekerja Ladang Chin Fatt di Gemencheh antara 10.40 malam sehingga 11 malam, 5 Disember 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan tiga lelaki Indonesia ditemui mati dengan kesan luka di badan.

Anggota bomba membantu membawa gadis ke ambulans selepas berjaya menenangkannya di Kampung Jelatok, Bukit Merah di sini, tengah malam tadi. Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba membantu membawa gadis ke ambulans selepas berjaya menenangkannya di Kampung Jelatok, Bukit Merah di sini, tengah malam tadi. Foto Ihsan JBPM

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2020 @ 11:19 AM