GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

GANGGUAN bekalan air tidak berjadual di dua kawasan di wilayah Klang dan lapan kawasan di wilayah Kuala Langat berikutan insiden paip pecah di kawasan tanah mendap, sejak Isnin lalu pulih sepenuhnya.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan pagi ini berkata, pihaknya berterima kasih atas kesabaran pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air.

Beliau turut memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai bekalan air dari semasa ke semasa menerusi laman sosial Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor selain aplikasinya serta di laman sesawang www.airselangor.com.

"Air Selangor menyarankan pengguna untuk memuat turun aplikasi telefon Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk info terkini bekalan air. Sentiasa gunakan air secara berhemat," katanya di Shah Alam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2020 @ 8:47 AM