PENGERUSI Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Wan Hapandi Wan Nik (dua kiri) bersama Farihah (dua kanan)  menyampaikan caruman SKSPS kepada Nik Ibnor (tiga kanan), hari ini. FOTO Ghazali Kori.
PENGERUSI Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Wan Hapandi Wan Nik (dua kiri) bersama Farihah (dua kanan) menyampaikan caruman SKSPS kepada Nik Ibnor (tiga kanan), hari ini. FOTO Ghazali Kori.
Zaid Salim


SERAMAI 150 penghantar makanan di Terengganu mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Program PenjanaGig, hari ini.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu Farihah Che Husin berkata, ia menjadikan Terengganu sebagai negeri pertama menyahut seruan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19.

"Kami menyasarkan seramai 25,000 Orang Bekerja Sendiri (OBS) mencarum dalam skim ini dan sejak dilancarkan Januari lalu, sudah lebih 2,000 orang mencarum.

"Saya yakin sasaran dapat dicapai menjelang hujung tahun," katanya pada program PenjanaGig bersama penghantar makanan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Padang Hiliran, Kuala Terengganu hari ini.

Wakil penghantar makanan Food Panda Terengganu, Nik Ibnor Hafis Nik Ramzi, 29, berkata, mereka sangat menghargai inisiatif Perkeso dan kerajaan yang menyediakan program berkenaan.

Katanya, mereka sentiasa berdepan dengan risiko kemalangan dan dengan adanya caruman Perkeso, ia dapat meringankan beban mereka serta keluarga sekiranya berlaku musibah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2020 @ 7:55 PM