KEADAAN kereta terbabit kemalangan berkenaan. FOTO
KEADAAN kereta terbabit kemalangan berkenaan. FOTO
Nur Izzati Mohamad


SEORANG pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah kereta di Kilometer 6.7 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), dekat Butterworth, hari ini.

Pada kejadian 3.30 pagi itu, mangsa, Mohammad Muhazzab Mohd Kamarul Baharin, 17, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika kemalangan, kereta yang berada di lorong tengah itu dalam perjalanan dari Perai menuju Sungai Dua.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, belakang kereta itu dirempuh oleh motosikal mangsa.

"Ia menyebabkan penunggang motosikal meninggal dunia.

"Mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2020 @ 9:43 AM