ABDUL Fattah Abdullah membuat lawatan ke Koperasi Kariah Masjid Lama Permatang Badak Berhad (KOOPMLPB) yang telah memulakan perniagaan pasar mini sejak tahun lalu. FOTO ROSELAN MALEK
ABDUL Fattah Abdullah membuat lawatan ke Koperasi Kariah Masjid Lama Permatang Badak Berhad (KOOPMLPB) yang telah memulakan perniagaan pasar mini sejak tahun lalu. FOTO ROSELAN MALEK
Roselan Ab Malek
am@hmetro.com.my


KOPERASI kariah masjid perlu merebut peluang membekalkan barangan halal dalam usaha meningkatkan ekonomi masyarakat setempat melalui perniagaan dijalankan kariah masjid.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, koperasi khariah masjid berpotensi untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat melalui perniagaan peruncitan dijalankan khususnya barangan halal.

"Pada masa ini, lebih 400 koperasi kariah masjid dikenal pasti menjalankan aktiviti peruncitan dan koperasi kariah masjid yang mempunyai kedai runcit akan didaftarkan melalui program Barang Asas 100 (BA100).

"Pembabitan koperasi kariah masjid dalam bidang perniagaan, khususnya dalam pembekalan barangan halal secara tidak langsung menyahut saranan masyarakat inginkan produk halal dipasarkan dengan lebih meluas terutama bagi masyarakat Islam setempat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Koperasi Kariah Masjid Lama Permatang Badak Berhad (KOOPMLPB) yang memulakan perniagaan pasar mini sejak tahun lalu di Kuantan.

Beliau berkata, KOOPMLPB berjaya menjalankan aktiviti pasar mini, pasar basah, pusat bayaran bil setempat, warung dan lembu sembelihan (daging segar).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 6:41 PM