ISMAIL Sabri Yaakob. FOTO Bernama
ISMAIL Sabri Yaakob. FOTO Bernama
Nurul Hidayah Bahaudin


PUSAT hiburan keluarga dibenarkan operasi selepas mengambil kira lebih 3,000 tenaga kerja yang terbabit serta sumbangan RM500 juta kepada pendapatan negara.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelulusan itu membabitkan arked permainan taman hiburan 'indoor' dan hiburan pendidikan.

"Ia juga membabitkan gim permainan kanak-kanak, hiburan permainan berasaskan peralatan mesin hiburan teknologi dan pusat karaoke keluarga," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, antara prosedur operasi standard (SOP) am yang perlu dipatuhi adalah memuat turun aplikasi MySejahtera bagi proses pendaftaran serta

saringan suhu badan.

"Selain itu, SOP ditetapkan adalah menghadkan jumlah pengunjung berdasarkan saiz premis dan penjarakan sosial, pembersihan serta disinfeksi secara berskala selain penjualan tiket dalam talian digalakkan.

"Bagaimanapun, operasi pub dan disko adalah masih tidak dibenarkan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 3:27 PM