GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Samadi Ahmad


KERAJAAN akan mengadakan kajian dan penyelidikan bagi mengwujudkan Akta Anti Buli Siber dalam menjaminkeselamatan pengguna siber.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu penting kerana sejak kebelakangan ini, jumlah kes berkenaan semakin meningkat dan masih belum ada undang-undang khusus seperti yang dipraktikan di Singapura dan Filipina.

Menurut beliau, kerajaan bersetuju melantik Universiti Multimedia (MMU) bagi mengadakan kajian dan penyelidikan berhubung perkara itu yang akan diadakan selama enam bulan.

"Penyelidikan ini turut membabitkan kerjasama beberapa pihak terdiri dari Pejabat Peguam Negara, Majlis Peguam,Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia," katanya pada sidang media di Majlis Kunjungan Mesra Menteri ke Universiti Multimedia (MMU) di Cyberjaya, hari ini.

Turut hadir,Pengerusi Telekom Malaysia (TM), Tan Seri Mohd Bakke Salleh dan Pemangku MMU, Profesor Dr Ho Chin Kuan.

SAIFUDDIN pada program orientasi secara maya bagi pengambilan penuntut baharu MMU tahun 2020 yang diadakan secara langsung dalam talian ketika kunjungan mesra ke MMU. Turut sama isterinya, Datin Norlin Shamsul Bahri, Mohd Bakke (tiga, kiri) dan Chin Kuan (empat, kiri). FOTO Bernama
SAIFUDDIN pada program orientasi secara maya bagi pengambilan penuntut baharu MMU tahun 2020 yang diadakan secara langsung dalam talian ketika kunjungan mesra ke MMU. Turut sama isterinya, Datin Norlin Shamsul Bahri, Mohd Bakke (tiga, kiri) dan Chin Kuan (empat, kiri). FOTO Bernama

Saifuddin berkata, sekiranya perkara itu menjadi satu keperluan selepas ini kerajaan akan menetukan jenis kesalahan dan hukuman dalam akta tersebut sebelum dibentangkan di Kabinet.

Menurut beliau, kerajaan akan melihat apa yang berlaku dan undang-undang dilaksanakan di Singapura dan Filipina sebelum memperkenalkan akta terbabit.

"Siber buli terbukti sebagai jenayah yang perlu ditangani segera bagimengelak pencerobohan berleluasadata orang awam," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, kerajaan sedang meneliti dan membuat kajian bagi mengatasi ancaman pendapatan iklan terhadap media Malaysia daripada Google dan Facebook.

Katanya, beberapa negara luar turut terkesan kepada ancaman itu sehingga mengakibatkan kerugian kepada syarikat pengiklanan tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 1:39 PM