SEBUAH kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki terbabas merempuh dua kereta lain dan kedai makan serta menyebabkan seorang pelanggan cedera di Taman Melawati, malam tadi.  FOTO Ihsan Nik Norizan Ali
SEBUAH kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki terbabas merempuh dua kereta lain dan kedai makan serta menyebabkan seorang pelanggan cedera di Taman Melawati, malam tadi. FOTO Ihsan Nik Norizan Ali
Raja Noraina Raja Rahim


KANDUNGAN alkohol dalam tubuh lelaki yang merempuh sebuah kedai makan di Taman Melawati di Ampang, didapati melebihi had ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditahan sejurus kejadian untuk siasatan.

"Suspek yang bekerja sebagai jurutera ditahan dan pemeriksaan mendapati tahap kandungan alkohol melebihi had dibenarkan.

"Berikutan itu, suspek direman bermula hari ini sehingga 30 Jun ini. Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya pada kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 03-92740112 atau balai polis berhampiran.

Berita berkaitan:

  • Lelaki mabuk rempuh kedai makan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2020 @ 3:27 PM