Nazri Abu Bakar


"WALAUPUN pernah ditawarkan pada harga RM3,000, saya tidak akan menjualnya," kata Samad Jumahat, 46, pemilik burung tiong emas yang pandai bercakap.

Antara perkataan yang sering diucap tiong emas ini ialah 'Assalamualaikum', 'nak ke mana bro', 'siapa datang', 'Danial mana' dan 'abah kerja'.

Menurut Samad yang juga pengusaha bengkel besi di Bukit Rambai di sini, tiong emas itu umpama teman sejati dan penghibur diri.

"Ramai yang menawarkan harga tinggi namun saya tidak akan menjual tiong emas yang saya gelar 'Awang' ini.

"Banyak lagi perkataan yang boleh diucapnya namun ia kurang jelas," katanya.

SAMAD melayan 'Awang' burung tiung emas yang bijak bercakap di bengkelnya di Bukit Rambai. FOTO Nazri Abu Bakar
SAMAD melayan 'Awang' burung tiung emas yang bijak bercakap di bengkelnya di Bukit Rambai. FOTO Nazri Abu Bakar

Menurut Samad, ada kalanya dia mengambil masa lama untuk melayan karenah tiong emas berkenaan yang berusia hampir dua tahun itu.

"Anak saya, Danial yang berusia 16 tahun juga rajin berbicara dengan tiong emas ini malah kerana sering 'berbual', tiong emas ini juga mampu menyebut perkataan mana Danial dengan jelas.

"Saya bercadang untuk mengajar tiong emas ini zikir ringkas bagi menambah perbendaharaan katanya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2020 @ 3:30 PM