Pasukan Pematuhan PKPP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang terpisah daripada keluarganya ketika berkelah di Teluk Batik, Lumut. FOTO ihsan PDRM
Pasukan Pematuhan PKPP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang terpisah daripada keluarganya ketika berkelah di Teluk Batik, Lumut. FOTO ihsan PDRM
Noor Hidayah Tanzizi


SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui ketakutan selepas 'terpisah' dengan ibu bapanya ketika berkelah di Teluk Batik, Lumut, hari ini.

Kanak-kanak itu bernasib baik apabila ditemui Pasukan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kanak-kanak itu ditemui merayau seorang diri di sekitar Teluk Batik, pada 11 pagi.

"Pasukan Pematuhan PKPP yang membuat rondaan di kawasan berkenaan menemui kanak-kanak itu dalam ketakutan.

"Anggota kemudian membuat hebahan di sekitar Teluk Batik dan 20 minit kemudian bapa kanak-kanak perempuan itu tampil mendapatkan anaknya semula.

"Kanak-kanak itu dipercayai terpisah daripada keluarganya yang berada di kawasan berhampiran di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nor Omar berkata, ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau pergerakan anak mereka bagi mengelakkan sesuatu tidak diingini berlaku terutama di tempat awam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2020 @ 9:04 PM