PENGUATKUASA MPPD membawa turun khemah di Pantai Teluk Kemang. FOTO Mohd Khidir Zakaria
PENGUATKUASA MPPD membawa turun khemah di Pantai Teluk Kemang. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


RUNGUTAN orang ramai dan pengunjung yang rimas dengan khemah sewaan di Pantai Teluk Kemang diambil perhatian pihak berkuasa tempatan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa berkata, bermula Jumaat lalu pihak MPPD bersama dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menjalankan operasi bersepadu ke atas kesemua pengusaha khemah sewaan di sepanjang Pantai Teluk Kemang.

"Kami juga mendapat kerjasama yang baik daripada Pengerusi Persatuan Peniaga Teluk Kemang dan pengusaha yang terbabit dalam operasi itu dan notis pengosongan khemah sewaan (kayu) yang dikeluarkan oleh pihak MPPD pada 18 Jun lalu dengan arahan serta-merta.

"Sebanyak 30 khemah besi, 2 khemah kayu dan beberapa khemah yang telah reput dikhuatiri berbahaya kepada orang ramai turut dibuka untuk keselesaan pengunjung ysng datang beriadah di pantai ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, bagi pengusaha khemah sewaan yang lain, mereka dibenarkan beroperasi dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

"Aktiviti sewaan khemah/payung dibenarkan beroperasi berdasarkan permintaan pelanggan sahaja dan jaga jarak antara khemah sewaan antara 1.5 meter namun tidak lupa mengambil suhu pelanggan.

"Mereka juga harus menggunapakai SOP MPPD yang sudah dikeluarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini serta mesti merekod nama, alamat, dan gunakan nyahcemas (sanitize) khemah setiap kali selepas digunakan pelanggan," katanya.

Mohd Zamri berkata, selepas khemah ini digunakan meteka harus menyimpan semula dan tidak meninggalkan khemah di kawasan pantai setelah habis beroperasi.

"Ini antara syarat yang perlu dilakukan jika pengusaha khemah ini mahu terus beroperasi dan keadaan pantai akan terus menjadi tarikan kepada pengunjung yang banyak merungut tentang ketidak selesaan beriadah di pantai.

"Walaubagaimana pun kami akan buat pemantauan dari masa ke semasa dan akan adakan operasi mengejut jika perlu," katanya.

Gambar

1-4. PORT DICKSON 21 JUNE 2020 (.) Penguatkuasa MPPD sedang membuka khemah di tepi pantai sepanjang pantai Teluk Kemang namun pengusaha khemah masih boleh beroperasi jika ada permintaan daripada pelanggan. STR/MOHD KHIDIR ZAKARIA

TAMAT

#kw, khemah tepi pantai, dibuka, MPPD

From: Mohd Khidzir

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2020 @ 12:49 PM