GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Nur Izzati Mohamad


MAYAT lelaki warga asing lengkap berpakaian ditemui dalam ladang kelapa sawit di Juru Height, Bukit Mertajam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mayat mangsa berusia 30-an ditemui pekerja ladang sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

"Polis menerima panggilan pada 12.30 tengah hari berhubung penemuan mayat berkenaan.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui pada mayat tanpa identiti itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shafee berkata, mayat dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 7:01 PM