GAMBAR hiasan. FOTO MUHD ASYRAF SAWAL
GAMBAR hiasan. FOTO MUHD ASYRAF SAWAL
Saipul Adli Mohamad dan Muhaamad Hafis Nawawi


PEMBUKAAN sempadan antarabangsa secara bersyarat dengan negara dari zon hijau masih dalam peringkat perbincangan awal sebelum ia boleh dilaksanakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, setakat ini sebanyak enam negara dikenal pasti iaitu Singapura, Australia, Brunei, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

Menurutnya, bagaimanapun ia perlu melalui persetujuan bersama antara Malaysia dan negara berkenaan untuk dilaksanakan prosedur operasi standard (SOP) secara dua hala yang kini masih lagi sedang dimuktamadkan.

"Kawalan sempadan masih diperketatkan hingga kini, walaupun kita memberi sedikit kebenaran terhadap beberapa perkara, mereka kena ikut SOP termasuk kuarantin dan saringan.

"Langkah seterusnya apabila kita ingin membuka pintu sempadan adalah bagaimana caranya kita apa yang perlu dilakukan adakah perlu dikuarantin atau sebagainya," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2020 @ 6:47 PM