Ruwaida Md Zain

KERANGKA besi bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) tumbang ketika kerja pembinaan dijalankan berhampiran Kompleks Pasar Meru, di sini pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Polis segera ke lokasi sebaik menerima laporan dan mengawal keadaan trafik di lokasi terbabit.

"Jalan di lokasi terbabit ditutup di kedua-dua arah dan lencongan turut dibuat. Siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 5 pagi tadi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Terdapat beberapa gambar dan video kejadian itu tersebar di media sosial sejak beberapa jam lalu berhubung kejadian itu.

STRUKTUR sementara yang runtuh di lokasi pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3). FOTO ihsan pembaca
STRUKTUR sementara yang runtuh di lokasi pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3). FOTO ihsan pembaca

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2020 @ 10:31 AM