BERNAMA

PENDERMA darah juga adalah wira negara kerana pengorbanan mereka untuk tampil menderma darah secara sukarela membantu menyelamatkan nyawa pesakit, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pengorbanan masa dan tenaga penderma darah, yang tampil secara sukarela saban hari juga dapat dilihat semasa negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi melawan Covid-19.

"Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menganjurkan kempen derma darah. Menerusi kempen-kempen ini, masyarakat berpeluang untuk menderma darah berdekatan dengan komuniti setempat mereka dan ini lebih memudahkan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam video ucapan sempena Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan bertemakan 'Darah yang Selamat Menyelamatkan Nyawa' dan 'Derma Darah Demi Kesihatan Sejagat', di laman sosial Facebook beliau, hari ini.

Fokus tema pada tahun ini menjurus kepada sumbangan setiap penderma darah dalam membantu menyelamatkan nyawa pesakit, dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat.

Perdana Menteri berkata, dalam situasi negara yang baru memasuki fasa pemulihan wabak Covid-19, normal kehidupan yang baharu perlu terus dilaksanakan untuk meraikan hari penderma darah pada tahun ini.

"Saya yakin semua platform media sosial akan dimanfaatkan dengan makluman berguna bagi meraikan para penderma darah serta menyemarakkan kesedaran menderma darah," katanya.

Muhyiddin turut meminta masyarakat meneruskan sokongan padu kepada Pusat Darah Negara dan Tabung-tabung darah di seluruh negara.

"Saya ingin mengajak semua rakyat Malaysia, terutama yang masih belum menderma darah, mulakan langkah pertama anda dalam menjadikan amalan menderma darah secara berkala sebagai budaya gaya hidup sihat," katanya.

JURURAWAT, Aliyana Ismail, 25, menyusun pek bekalan darah yang diderma orang awamdi Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur, 14 April lalu. FOTO Aizuddin Saad
JURURAWAT, Aliyana Ismail, 25, menyusun pek bekalan darah yang diderma orang awamdi Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur, 14 April lalu. FOTO Aizuddin Saad

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2020 @ 12:42 PM
MUHYIDDIN memberikan penghargaan terima kasih kepada penderma darah. FOTO Bernama