Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok
Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok
BERNAMA

TAMAN Hidupan Liar Lok Kawi, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo di Sabah akan dibuka semula Isnin ini.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata pembukaan semula pusat dan taman hidupan liar itu susulan pengumuman kerajaan yang membenarkan sektor eko-pelancongan kembali beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pusat dan taman hidupan liar berkenaan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mencegah penularan Covid-19.

"Perlu diingatkan bahawa tiga tempat popular ini hanya dibuka kepada pelancong tempatan dan rakyat Malaysia sahaja buat masa ini.

"Saya menasihati pengunjung supaya mematuhi SOP ditetapkan sebagai satu normal baharu bagi mencegah penularan Covid-19 ketika melawat ke tempat berkenaan," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2020 @ 5:19 PM