Ahmad Suhael Adnan
am@hmetro.com.my

DUTCH Lady Milk Industries Berhad (DLMI) mengambil inisiatif menyumbang lebih 6,000 pek susu dan biskut kepada agensi media dan kerajaan sepanjang minggu ini.

Pengarah Urusan DLMI Tarang Gupta berkata, program tahunan itu dilaksanakan sempena sambutan Hari Susu Sedunia pada 1 Jun lalu, dan ia disambut minggu ini selepas kerajaan memberi kelonggaran susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, agensi media turut dipilih untuk menerima sumbangan susu itu sebagai penghargaan atas usaha keras menyampaikan maklumat kepada masyarakat sepanjang tempoh PKP dan PKP Bersyarat (PKPB).

"DLMI turut mengagihkan lebih 200,000 pek susu kepada petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan agensi penguatkuasaan, komuniti kurang bernasib baik dan penuntut universiti di kampus semasa tempoh PKP lalu.

"Kami mula mengagihkan kepada media sejak tahun lalu dan tahun ini, kami mahu memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan negara sempena sambutan Hari Susu Sedunia," katanya di Balai Berita Bangsar, hari ini.

PENGARAH Urusan Dutch Lady Milk Industries (DLMI), Tarang Gupta (tengah) dan Pengarah Urusan Korparat (DLMI), Hadi Abdullah (kanan) menyampaikan susu kepada Pengarahg Kumpulan NST, Ahmad Lokman,(dua kiri) Pengarang Kumpulan Harian Metro, Hussain (kiri) dan Pengarang Bersekutu Kadungan dan Digital Berita Harian, Zainudin (dua kanan) pada majlis penyerahan susu untuk kakitangan sempena Hari Susu Sedunia dan Raya Aidilfitri di Balai Berita, Bangsar. FOTO Aswadi Alias

Terdahulu, Gupta menyerahkan 720 pek susu dan biskut kepada wakil The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP).

NSTP diwakili Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST) Ahmad Lokman Mansor, Pengarang Kumpulan Harian Metro (HM) Hussain Jahit dan Pengarang Bersekutu Kandungan dan Digital Berita Harian (BH) Zainudin Mohd Isa.

Menurut Gupta, pihaknya menghargai peranan media ketika PKP dalam menyampaikan pelbagai maklumat yang menjadi antara keperluan utama orang ramai sepanjang tempoh berkenaan.

"Kami berterima kasih kepada setiap individu dalam media dan mereka juga adalah antara wira dan petugas barisan hadapan kita," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2020 @ 3:50 PM