GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Syarifah Dayana Syed Bakri; Hayati Ibrahim; Raja Noraina Raja Rahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri


KERAJAAN akan memberikan geran kepada pengendali taska yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar semula anak ke taman asuhan kanak-kanak itu.

Selain itu, katanya, e-Baucar akan disediakan untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah dalam talian.

"Kerajaan juga memberikan insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak sehingga RM3,000.

"Langkah ini akan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya.

Beliau berkata demikian pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan dari Putrajaya, hari ini.

Berita berkaitan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA):

  • Internet percuma 1GB sehingga 31 Disember
  • RM50 masuk e-dompet
  • Pengecualian cukai jualan kereta penumpang
  • RM300 untuk OKU, ibu tunggal
  • Individu hilang pekerjaan boleh tuntut elaun latihan
  • Waktu operasi UTC dilanjutkan
  • Majikan ambil pekerja dapat insentif
  • Pengangkutan awam tanpa had dengan MY30
  • Program subsidi upah dilanjutkan 3 bulan lagi
  • Inisiatif beli barangan Malaysia
  • RM75 juta bantu ekonomi gig
  • Empat langkah aktifkan industri pelancongan
  • Geran untuk pengendali taska
  • 80 peratus kes Covid-19 pulih sepenuhnya
  • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara diperkenal
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 5:17 PM