Wan Aisyah Jaafar, 59, yang menghidap halusinasi lebih 10 tahun menunjukkan keadaan rumahnya di Kampung Che Deris di sini yang sangat uzur. FOTO SITI ROHANA IDRIS
Wan Aisyah Jaafar, 59, yang menghidap halusinasi lebih 10 tahun menunjukkan keadaan rumahnya di Kampung Che Deris di sini yang sangat uzur. FOTO SITI ROHANA IDRIS
Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my


DARIPADA luar ia kelihatan umpama rumah tinggal, namun tiada yang menyangka kediaman di Kampung Che Deris di Kota Bharu, rupanya dihuni tiga beranak.

Secara fizikal, rumah berstruktur batu dihuni Wan Aisyah Jaafar, 59, bersama dua anaknya, Radiah Osman, 38, dan Mohd Rozimul Amin Shaari, 35, agak daif dengan sebahagian besar bumbung sudah tiada selain dinding ada yang runtuh.

Setiap kali hujan, air bergenang di dalamnya dan hanya sebuah bilik sahaja yang boleh digunakan untuk berteduh.

Bukan itu saja, mereka juga bergantung kepada cahaya lilin pada waktu malam kerana tiada bekalan elektrik.

Saudara Wan Aisyah, Nor Asiah Mohd Nawi, 47, berkata, wanita berkenaan kurang sihat daripada segi mental.

Wan Aisyah Jaafar, 59, yang menghidap halusinasi lebih 10 tahun menunjukkan keadaan rumahnya di Kampung Che Deris di sini yang sangat uzur. FOTO SITI ROHANA IDRIS
Wan Aisyah Jaafar, 59, yang menghidap halusinasi lebih 10 tahun menunjukkan keadaan rumahnya di Kampung Che Deris di sini yang sangat uzur. FOTO SITI ROHANA IDRIS

"Begitu juga dengan anak perempuannya yang menghidap penyakit misteri sejak remaja. Mungkin ini menyebabkan tiga beranak ini kurang bergaul dengan penduduk sekitar.

"Rumah berkenaan adalah peninggalan ibu bapa Wan Aisyah. Keadaannya semakin usang," katanya.

Nor Asiah berkata, keluarga itu bergantung kepada Radiah yang bekerja mengemas rumah penduduk kampung serta wang bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, jika keluarga berkenaan terputus bekalan makanan, saudara mara di kawasan sekitar akan menghulurkan bantuan.

"Setakat makan minum mereka kami tiada masalah untuk bantu. Perkara paling penting ialah kediaman mereka yang semakin usang," katanya.

Terdahulu, Wan Aisyah dikunjungi kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Che Norhayati Mohamed yang hadir meninjau keperluan untuk keluarga terbabit.

Wan Aisyah Jaafar, 59, yang menghidap halusinasi lebih 10 tahun menunjukkan keadaan rumahnya di Kampung Che Deris di sini yang sangat uzur. FOTO SITI ROHANA IDRIS
Wan Aisyah Jaafar, 59, yang menghidap halusinasi lebih 10 tahun menunjukkan keadaan rumahnya di Kampung Che Deris di sini yang sangat uzur. FOTO SITI ROHANA IDRIS

Che Norhayati berkata, pihaknya akan membantu Wan Aisyah menguruskan proses membuat kad pengenalannya yang hilang dan cuba mencari sumbangan untuk baik pulih rumah.

"Kami terkejut dan tidak menyangka rumah usang ini ada penghuni.

"Kami akan berusaha mendapatkan sumbangan bagi membantu keluarga ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 2:28 PM