PENGUNJUNG pusat beli-belah mematuhi penjarakan sosial dan mengambil suhu badan serta mengimbas kod QR sebelum memasuki premis perniagaan. FOTO ROHANIS SHUKRI.
PENGUNJUNG pusat beli-belah mematuhi penjarakan sosial dan mengambil suhu badan serta mengimbas kod QR sebelum memasuki premis perniagaan. FOTO ROHANIS SHUKRI.
Sri Ayu Kartika Amri


TAHAP pematuhan masyarakat di negara ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan dilihat semakin baik.

Tinjauan Harian Metro di pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur hari ini mendapati orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Malah, premis perniagaan dilihat turut mengikuti garis panduan SOP sebelum membenarkan pengunjung masuk termasuk meminta pengunjung melakukan imbas kod QR bagi mendapatkan maklumat peribadi untuk simpanan data dan membuat bacaan suhu badan.

Kakitangan swasta, Iffin Azuazi Mohd Suratin, 25, berkata, pada awal PKP, dia agak takut untuk keluar rumah dan hanya akan keluar apabila ada urusan penting.

"Namun sekarang, saya lebih yakin untuk keluar kerana ada SOP dan saya mengamalkan penjarakan sosial serta mengikut semua saranan kerajaan untuk memastikan tidak dijangkiti Covid-19," katanya

Pekerja kurier, Muhammad Zulkarnain Hamzah, 32, berkata, dia masih risau untuk keluar di kawasan tumpuan orang ramai.

"Saya jarang keluar atau berkunjung ke pusat beli-belah kecuali jika habis barang keperluan.

"Bagaimanapun saya lebih berhati-hati, mematuhi SOP dan sentiasa membawa pembasmi kuman bersama," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2020 @ 6:45 PM