Zaid Salim


DAPUR Kampung Prihatin Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu mengagihkan 400 batang lemang sebagai hadiah kepada orang ramai pada Syawal ini.

Penyelarasnya, Mohamad Embong, berkata, selain diagihkan kepada penduduk, ia turut diberikan kepada pelbagai pihak yang menghulurkan sumbangan kepada mereka.

"Semua barangan yang disumbangkan itu diberikan kepada 200 keluarga di kampung ini untuk keperluan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ini sebagai tanda terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang bagi mencapai matlamat Dapur Kampung Prihatin," katanya ketika ditemui, hari ini.

Katanya, kerja menyiapkan hidangan hasil sumbangan pelbagai pihak itu dilakukan seramai 15 orang secara bergilir-gilir bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Kami membuat persiapan sejak malam tadi dan mengambil masa selama lapan jam bermula 8 pagi tadi dan selesai jam 3 petang ini," katanya.

Jawatankuasa Dapur Kampung Prihatin sibuk membakar 400 batang lemang di kawasan sungai Kampung Pulau Manis, Serada. FOTO ZAID SALIM
Jawatankuasa Dapur Kampung Prihatin sibuk membakar 400 batang lemang di kawasan sungai Kampung Pulau Manis, Serada. FOTO ZAID SALIM

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2020 @ 8:25 PM