DATUk Seri Ahmad Faizal Azumu. FOTO NSTP
DATUk Seri Ahmad Faizal Azumu. FOTO NSTP
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


PENGUMUMAN portfolio tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang baru mengangkat sumpah pada 12 Mei lalu, menyaksikan tiga jawatan distruktur semula.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun memegang portfolio Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam.

Menurutnya, Adun Bota, Khairul Shahril Mohamed pula memegang portfolio Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, manakala Adun Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud memegang portfolio Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau.

"Mohd Zolkafly mengambil portfolio Pengangkutan Awam diambil daripada Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi selain portfolio Infrastruktur turut dipindahkan kepadanya daripada Adun Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri.

"Bertepatan dengan fokus pentadbiran kerajaan negeri untuk memperkasa sektor pertanian dan menyumbang kepada agenda keselamatan makanan negara, portfolio Abdul Yunus diperluaskan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, beliau yakin barisan Exco kerajaan negeri berkenaan akan membentuk pasukan dinamik dan komited dalam menggerakkan usaha membina semula ekonomi negeri susulan pandemik Covid-19.

Senarai portfolio kerajaan negeri Perak

1) Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, GLC dan Integrasi Nasional - Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

2) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Saarani Mohamad

3) Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil - Razman Zakaria

4) Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan - Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi

5) Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor - Datuk Shahrul Zaman Yahya

6) Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan - Datuk Abdul Yunus Jamahri

7) Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam - Datuk Mohd Zolkafly Harun

8) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat - Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin

9) Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan - Mohd Akmal Kamarudin

10) Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia - Khairul Shahril Mohamed

11) Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau - Ahmad Saidi Mohamad Daud

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2020 @ 9:35 PM