SEGELINTIR masyarakat yang dikesan melepak di kawasan Pantai Teluk Lipat pada hari pertama Aidilfitri . FOTO Ihsan FB Polis
SEGELINTIR masyarakat yang dikesan melepak di kawasan Pantai Teluk Lipat pada hari pertama Aidilfitri . FOTO Ihsan FB Polis
Zatul Iffah Zolkiply

POLIS akan mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di lokasi tumpuan ramai seperti di kawasan pantai dan rekreasi dalam daerah Dungun bagi mengelak perhimpunan demi memutuskan rantaian Covid-19.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada musim perayaan hanya membenarkan aktiviti ziarah di rumah pada hari raya pertama.

"Namun, hasil rondaan di pantai Teluk Lipat (Dungun) semalam mendapati ada yang melepak dan bersantai di kawasan berkenaan.

"Selain tidak mengamalkan penjarakan sosial, mereka tidak memakai pelitup muka selain ada yang membawa kanak-kanak.

"Walaupun kita sedang menyambut Aidilfitri, namun peraturan dalam tempoh PKPB masih berkuat kuasa dan perlu dipatuhi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Baharudin berkata, pihaknya hanya memberi nasihat dan meminta mereka beredar tanpa mengenakan sebarang kompaun, semalam.

POLIS memberi nasihat dan meminta mereka beredar dari kawasan Pantai Teluk Lipat tanpa mengenakan sebarang kompaun. FOTO Ihsan FB Polis
POLIS memberi nasihat dan meminta mereka beredar dari kawasan Pantai Teluk Lipat tanpa mengenakan sebarang kompaun. FOTO Ihsan FB Polis

"Bagaimanapun, tindakan kompaun akan dikenakan jika masih ada individu yang berdegil.

"Kita juga akan melakukan rondaan di kawasan perumahan dan kampung bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan memandangkan aktiviti ziarah raya hanya dibenarkan satu hari sahaja," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 2:28 PM