RONALD KIANDEE
RONALD KIANDEE
Samadi Ahmad


SEBANYAK 53 lokasi Pasar Segar Terkawal (PST) yang diwujudkan di seluruh negara mencatatkan hasil jualan keseluruhan RM65.49 juta sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MOA), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pewujudan PST di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu berjaya mencatat nilai jualan tinggi bagi tempoh 1 April hingga 18 Mei.

"PST diadakan bertujuan menjamin keperluan bekalan makanan mencukupi di samping membantu petugas barisan hadapan industri makanan menjual hasil mereka.

"FAMA turut mencatatkan jumlah terkumpul sebanyak RM1.51 juta melalui pasaran hasil pertanian secara Agrobazaar Online membabitkan pembelian produk segar sayuran dan buah-buahan," katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Central Kitchen Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Lobi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, di Putrajaya, hari ini.

Sumbangan disampaikan Kiandee kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Junaidah Kamarruddin.

Jumlah sumbangan adalah RM10,000 bagi menampung makanan bagi 1,400 orang di bawah kelolaanCentral Kitchen JKM.

Sepanjang PKP,sebanyak 20 Pusat Operasi FAMA, 23 Pasar Tani Kekal, tiga buah MyFarm Outlet dan tujuh lokasi terbuka dibuka kepada orang ramai bagi mendapatkan bekalan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2020 @ 7:17 PM