Suliati Asri


VIVO kini menjadi jenama pengeluar telefon pintar kedua di Malaysia selepas mengalahkan pengilang telefon pintar utama China.

Mengikut laporan penghantaran telefon yang dilakukan Canalys baru-baru ini, vivo berjaya menguasai bahagian pasaran sebanyak 21 peratus di antara pemain pasaran utama pada suku pertama 2020 sekali gus menempatkannya di kedudukan kedua.

Canalys, syarikat penganalisis data bebas dari Singapura dengan cawangan di seluruh dunia, mengeluarkan laporan Smartphone Market Pulse mengenai penghantaran telefon pintar Malaysia dan pertumbuhan tahunan pada suku pertama 2020.

Berdasarkan carta, vivo mengalahkan pengeluar telefon pintar utama China yang lain sekali gus menjadi pengeluar telefon pintar kedua terbesar di Malaysia dengan memperoleh kenaikan 13 peratus pertumbuhan tahun ke tahun.

vivo adalah syarikat teknologi terkemuka yang sudah lama bertapak dan sentiasa berusaha mengembangkan peranti inovatif dengan teknologi canggih. Justeru, kejayaannya hari ini adalah sangat wajar.

Walaupun terdapat ketidakpastian semasa kerana Covid-19 yang mempengaruhi industri telefon pintar, vivo masih dapat mencapai dan mengekalkan hasil positif seperti yang ditunjukkan dalam tempoh kritikal ini.

Semua itu hasil usaha yang dilakukan vivo dalam beberapa tahun terakhir, susun atur strategik 5G vivo sejak penubuhannya pada tahun 2018.

Sepanjang 2019, vivo Malaysia melancarkan pelbagai siri telefon pintar yang sesuai untuk khalayak yang pelbagai, termasuk siri V yang mewah dan mampu milik iaitu V15, V15 Pro, V17 dan V17 Pro, Siri muda dan bergaya, S1 dan S1 Pro diikuti dengan siri premium berdasarkan prestasi, NEX 3.

Tahun ini pula, vivo Malaysia juga melancarkan Siri V terbaharunya, V19 yang menonjolkan keupayaan kamera inovatif peranti dengan estetika menakjubkan.

Dengan model yang lebih hebat pada masa akan datang, vivo menawarkan kelajuan pemprosesan yang sangat baik, hayat bateri yang panjang dan paparan telefon yang sempurna.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 4:13 PM