ISMAIL Sabri Yaakob. FOTO BERNAMA
ISMAIL Sabri Yaakob. FOTO BERNAMA
Raja Noraina Raja Rahim


PENUNTUT pasca siswazah yang terbabit kursus penyelidikan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan memulakan pengajian, kata Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kebenaran itu hanya membabitkan seramai 31,508 penuntut di 462 IPT seluruh negara.

"Semalam mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah meluluskan cadangan dibentangkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus semasa dan pasca PKP.

"Mesyuarat bersetuju untuk membenarkan pelajar pasca siswazah penyelidikan seperti pengajian sarjana dan doktor falsafah untuk memulakan aktiviti akademik mereka dengan kadar segera," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian PKP di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kebenaran itu diberikan berikutan kursus pengajian berkenaan memerlukan mereka melakukan penyelidikan secara fizikal di makmal, bengkel dan studio reka bentuk yang menggunakan peralatan khusus.

"Kita kira tidak ramai terpaksa balik ke kampus untuk melakukan penyelidikan bagi kursus mereka itu. Kita anggarkan satu IPT terdapat kira-kira 60 orang saja dan ia bukan kumpulan besar," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 3:14 PM