Shahidan Kassim.
Shahidan Kassim.
Yusmizal Dolah Aling


"SAYA akan gunakan pengalaman selama 10 tahun sebelum ini untuk memastikan kelab penyokong kerajaan berfungsi sebaiknya.

"Teguran akan diberikan kepada kerajaan untuk memastikan semua urusan berjalan sepatutnya dan mempertahankan polisi kerajaan," kata Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) semalam.

Katanya, sebagai pengerusi yang pertama bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau berharap ruang yang ada digunakan sebaiknya ahli parlimen kerajaan untuk menjadi penyokong dan pembahas yang baik di parlimen.

"Saya dipilih dalam mesyuarat PNBBC yang terdiri daripada wakil rakyat Barisan Nasional, Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Kita akan jadi penyokong PN yang membina, yang betul kita akan sokong. Tapi yang membabitkan undi kepada kerajaan, kita akan sokong seratus peratus.

"Sebelum ini saya pernah menjadi pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), jadi bolehlah pengalaman itu digunakan kali ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 4:53 PM