GAMBAR hiasan (Gambar arkib). FOTO Aizuddin Saad
GAMBAR hiasan (Gambar arkib). FOTO Aizuddin Saad
Yusmizal Dolah Aling


ORANG awam tidak boleh menunaikan solat berjemaah di semua masjid serta surau di Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kekal dengan ketetapan awal yang dibuat di negeri itu pada 16 April lalu.

JAIS kekal dengan ketetapan yang hanya membolehkan ahli jawatankuasa masjid dan imam saja untuk mendirikan solat Jumaat dan Aidilfitri di Masjid Negeri, Masjid Diraja serta Masjid Daerah dalam jumlah tiga orang dan maksimum hanya 12 orang sebagaimana diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan itu juga akan terus diguna pakai bagi kebenaran solat Jumaat dan berjemaah untuk umat Islam di Selangor, mulai esok.

Katanya, ia berlandaskan keputusan Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Mengenai Hal Ehwal Islam yang bersidang kali ke-5 pada 8 Mei lalu dan keputusan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri memberikan kebenaran untuk solat Jumaat untuk didirikan dengan syarat dan had tertentu.

"Sebarang ketetapan mengenai perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 9:01 PM